JOMHIBAH adalah platform atas talian yang menyediakan perkhidmatan pengurusan harta pusaka (Al Wasitah) dan Hibah hartanah. Ia juga menyediakan maklumat dan info mengenai pengurusan harta pusaka melalui video dan artikel yang menarik.

Platform ini merupakan hasil kolaborasi diantara Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (SASC) dan Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB), dengan tujuan membantu orang ramai membuat perancangan harta pusaka patuh syariah secara atas talian.

  1. Syarat bagi pemberi hibah adalah:
    • Pemberi mestilah merupakan pemilik harta
    • Dilakukan dengan rela hati dan tanpa paksaan
    • Waras
    • Cukup umur
    • Layak untuk menguruskan hartanya
  2. Syarat bagi penerima hibah pula adalah:
    • Mestilah masih hidup ketika hibah berlaku
    • Layak (cukup umur) untuk terima harta hibah. Sekiranya masih di bawah umur, harta tersebut akan dipegang dahulu oleh pemegang amanah yang dilantik.
  3. Syarat bagi barang atau harta yang boleh dihibahkan:
    • Harta tersebut perlulah disahkan oleh syarak
    • Harta tersebut perlu wujud ketika ijab dan qabul berlaku
    • Harta tersebut perlulah bernilai
    • Harta tersebut merupakan milik pemberi hibah

Hibah Hartanah Bercagar Komprehensif adalah penyelesaian hibah kepada pelanggan terhadap hartanah yang masih mempunyai pembiayaan atau cagaran dengan mana-mana institusi bank. Akan tetapi syarat wajib hibah mestilah harta yang dimiliki sepenuhnya. Oleh itu, syarat untuk melanggan hibah hartanah bercagar ini adalah anda perlu mempunyai perlindungan takaful ke atas pinjaman seperti MRTT atau MRTA, yang digunakan sebagai jaminan penyelesaian baki pinjaman rumah anda untuk memastikan hutang rumah tersebut dapat dilangsaikan bila mana pemberi hibah meninggal dunia.

Hibah harta komprehensif ini menyediakan bantuan kepada pemberi hibah dan waris mereka dalam proses pengesahan hibah di Mahkamah Syariah. Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) akan membantu pemberi hibah dalam menyediakan dokumen hibah, penyimpanan di Bilik Kebal WSB, dan menanggung segala cas perubahan dokumen hibah. Setelah pemberi hibah meninggal dunia, WSB akan memberikan Khutbah Pusaka dan konsultasi pengurusan harta hibah kepada waris, serta menguruskan Pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah tanpa kos tambahan kepada penerima Hibah, termasuk menanggung kos guaman.

Untuk pengetahuan anda, pakej hibah hartanah komprehensif ini hanya akan membantu anda dan waris sehingga proses pengesahan hibah di Mahkamah Syariah sahaja. Bagi proses selanjutnya seperti pertukaran hakmilik dan penyerahan hartanah kepada penerima, adalah di atas tanggungan penerima hibah itu sendiri. Akan tetapi, sekiranya anda ingin pihak WSB membantu waris secara penuh, anda digalakkan untuk turut melanggan produk Al-Wasitah.

Hibah memerlukan perlindungan takaful perumahan sebagai jaminan penyelesaian baki pinjaman rumah pemberi hibah. Tanpa perlindungan ini, hartanah yang masih mempunyai hutang atau bercagar adalah masih belum dimiliki sepenuhnya oleh pembeli rumah. Hartanah tersebut berisiko dirampas oleh pihak bank dan pembeli mungkin diisytiharkan muflis. Oleh itu, perlindungan insurans atau takaful diperlukan untuk mendapatkan kebenaran bank untuk melaksanakan hibah ke atas hartanah yang bercagar.

Ya, dibolehkan kerana mengikut Fatwa Negeri Selangor, memutuskan bahawa hibah harta bercagar atau dalam gadaian adalah sah sekiranya harta yang dihibahkan dilindungi oleh takaful MRTT/MLTT atau mendapat keizinan dari pembiaya. Fatwa ini telah diwartakan dalam Warta Sel.P.U.8 pada 8hb April 2021 dan Warta No. 1108 yang disiarkan pada 13hb Mei 2021. Fatwa ini selari dengan pendirian kami berkenaan hibah harta bercagar dan kedua-dua elemen ini sudah dimasukkan ke dalam hibah yang kami laksanakan semenjak tahun 2015 lagi.

Maklumat Perkhidmatan Syarikat A Syarikat B Syarikat C Wasiyyah Shoppe
Pentadbir / Wasi Syarikat Amanah Syarikat Amanah Syarikat Amanah Individu yang dilantik oleh Pelanggan atau Wasiyyah Shoppe Berhad
Fi Pemegang Amanah Sehingga 2.0% (Mengikut Seksyen 43, Akta Probet & Pentadbiran 1959) Sehingga 2.0% (Mengikut Seksyen 43, Akta Probet & Pentadbiran 1959) Sehingga 1.8% (Mengikut Seksyen 43, Akta Probet & Pentadbiran 1959) Ditanggung oleh Wasiyyah Shoppe melalui Tabung Tabarru'
Tempoh Masa (pelaksanaan selepas kematian) > 1 Tahun > 1 Tahun > 1 Tahun Purata dalam tempoh 3 - 6 bulan
Fi caj / kos rampaian yang dikenakan kepada benifisiari Caj yang dikenakan tidak termasuk deposit buka fail RM1,000, Sijil Faraid, Perbatuan, Bayaran kepada Mahkamah bagi mendapatkan Perintah, Penilaian harta dan Pindah milik di Pejabat Tanah. Caj yang dikenakan tidak termasuk deposit buka fail RM1,000, Caj Guaman RM3,000 - RM4,000, Sijil Faraid, Perbatuan, Bayaran kepada Mahkamah bagi mendapatkan Perintah, Penilaian harta dan Pindah milik di Pejabat Tanah. Caj yang dikenakan tidak termasuk deposit buka fail RM4,000, Sijil Faraid, Perbatuan, Bayaran kepada Mahkamah bagi mendapatkan Perintah, Penilaian harta dan Pindah milik di Pejabat Tanah. Tiada sebarang caj kepada benefisiari & waris-waris

Apabila Produk dan/atau Perkhidmatan dipohon dan pembayaran penuh telah diproses, transaksi dianggap sah dan hanya boleh dibatalkan secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan pembayaran penuh yuran Hibah oleh JOMHIBAH. Sebarang pemulangan wang kepada Pelanggan, yang merangkumi 5% yuran Hibah atau seberang kos yang dikeluarkan dalam menyediakan Perkhidmatan oleh JOMHIBAH, mengikut mana-mana yang lebih rendah, akan dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari notis pembatalan.

Akad diperlukan untuk membuat hibah kerana akad adalah satu rukun yang wajib dilakukan bagi memastikan hibah yang dilakukan sah. Akad adalah proses dimana persetujuan dan kesepakatan dicapai oleh kedua-dua belah pihak (pemberi dan penerima hibah) sambil disaksikan oleh pemegang amanah (Wasiyyah Shoppe Berhad). Proses akad yang dilakukan oleh pihak WSB adalah secara atas talian (online) sahaja melalui aplikasi USRAHDD. Semuanya hanya di hujung jari, tidak perlu perjumpaan secara fizikal.

Setelah selesai penyediaan dokumen hibah, dokumen-dokumen tersebut akan disimpan di Bilik Kebal WSB. Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana dokumen hibah akan sentiasa terjaga dan terjamin keselamatannya untuk tempoh masa yang lama.

Al Wasitah merupakan perkhidmatan pengurusan harta pusaka yang boleh membantu waris pelanggan melalui semua proses tuntutan harta pusaka secara lengkap dan menyeluruh. Waris tidak akan dikenakan apa-apa caj dan harta pusaka tidak akan dipotong walau satu sen. Harta pusaka juga akan diterima terus oleh waris-waris.

Terdapat banyak kepentingan membuat Hibah dan antaranya ialah:
  1. Hibah merupakan alternatif penyelesaian kepada konflik perebutan harta pusaka di kalangan waris.
  2. Hibah membolehkan seseorang merancang pengagihan harta pusaka semasa hidupnya, mengikut seperti mana hasrat dan keinginannya.
  3. Mengelakkan masalah pertelingkahan dan konflik antara waris dan keluarga semasa urusan pembahagian harta pusaka dilakukan.
  4. Memastikan kebajikan dan masa depan waris terjamin dan terjaga dengan baik.

Antara kelebihan membuat Hibah di JOMHIBAH adalah:
  1. Penyediaan dokumen hibah adalah secara digital dan tidak melibatkan sebarang perjumpaan secara fizikal.
  2. Tiada cas dikenakan untuk sebarang perubahan ke atas dokumen hibah.
  3. Percuma sesi Khutbah Pusaka dan konsultasi pengurusan harta hibah kepada waris-waris yang ditinggalkan
  4. Percuma kos pengurusan harta untuk hartanah yang dihibahkan selepas kematian tanpa perlu ditanggung oleh waris hibah
  5. Kos guaman untuk proses pengesahan hibah di mahkamah Shariah ditanggung sepenuhnya oleh Wasiyyah Shoppe Berhad

Terdapat banyak kepentingan merancang urusan harta pusaka. Antaranya ialah:
  1. Keterjaminan masa depan waris
  2. Mengelakkan masalah pertelingkahan antara keluarga
  3. Mengurangkan isu-isu harta tidak dituntut
  4. Manfaat penuh harta dunia dan akhirat
  5. Tidak membebankan waris-waris

Setiap individu mempunyai kos yang berbeza-beza bergantung kepada aset yang hendah dihibahkan. Untuk ketahui anggaran kos hibah anda sila klik sini. (https://jomhibah.com/)

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran Hibah di Platform JomHibah hanyalah geran hartanah sahaja.

Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat Hibah:
  1. Salinan Kad Pengenalan Pemberi Hibah
  2. Salinan Kad Pengenalan Penerima Hibah
  3. Salinan Kad Pengenalan Penjaga Harta/Pemegang Amanah
  4. Salinan Kad Pengenalan Benefisiari dalam Surat Ikatan Amanah
  5. Salinan Kad Pengenalan Benefisiari yang dimasukkan dalam Syarat Hibah
  6. Salinan Pendaftaran Institusi dan Memorandum dan Association (untuk Hibah kepada Institusi)
  7. Salinan Board Resolution (untuk Hibah kepada Institusi)
  8. Arahan Pembahagian Hibah
  9. Geran Hartanah (jika aset yang dihibahkan adalah rumah etc)

Ya, anda boleh menghibahkan harta yang masih dalam pinjaman bank dan kami di JOMHIBAH akan membantu anda untuk membuat Hibah bagi harta tersebut.

Hibah boleh diletakkan syarat seperti pemberi hibah masih boleh menjadi pemilik harta yang dihibah selagi mana pemberi hibah masih hidup dan juga di atas persetujuan pemberi hibah, penerima hibah dan pihak bank, harta yang dihibah akan diberikan (setelah pemberi hibah meninggal dunia) hanya setelah pembiayaan selesai dibayar.

Hibah adalah pemberian sukarela semasa hidup tanpa mengharapkan balasan, boleh ditujukan kepada sesiapa tanpa had. Wasiat pula adalah pemberian selepas kematian, maksimum ⅓ harta, memerlukan persetujuan waris. Faraid adalah pembahagian harta pusaka mengikut hukum syarak, hanya diberikan kepada waris selepas pembayaran hutang, hibah, dan wasiat

Secara umumnya, pakej Delima adalah pengurusan harta pusaka untuk harta yang bernilai kurang daripada RM 2 Juta dan diuruskan di Pejabat Pusaka Kecil. Manakala bagi pakej Zamrud pula adalah bagi pengurusan harta pusaka yang nilainya melebihi RM 2 Juta dan ianya diuruskan di Mahkamah Sivil Tinggi.

Tempoh Bertenang terbahagi kepada dua fasa: sebelum dan selepas kematian pelanggan. Sebelum kematian, ia merujuk kepada tempoh di mana pelanggan perlu menunggu beberapa hari selepas melanggan pakej untuk mendapatkan manfaat daripada pakej tersebut. Selepas kematian, Tempoh Bertenang merujuk kepada tempoh di mana Wasiyyah Shoppe Berhad mengambil masa beberapa hari selepas kematian pelanggan untuk menghubungi dan berjumpa dengan ahli waris bagi urusan pengurusan harta pusaka si mati, memberi ruang dan masa kepada ahli waris untuk menyelesaikan urusan pengebumian dan sebagainya.

Masa yang diperlukan untuk menyemak geran hartanah anda adalah di dalam tempoh 24 jam (hari bekerja sahaja)

Masa yang diperlukan hanyalah sekitar tiga (3) hari bekerja sahaja (Tertakluk proses dan kelulusan pihak bank)

Pihak WSB akan menghantar dokumen-dokumen Hibah dan Al Wasitah beserta dengan Legacy Card kepada pelanggan melalui pos ke rumah mereka. Jadi, pelanggan tidak perlu datang ke pejabat WSB.

Legacy Card adalah kad yang akan diberikan kepada pelanggan setelah berjaya melanggan pakej Hibah atau Al-Wasitah dan dijadikan sebagai bukti langganan. Legacy Card digunakan oleh waris untuk menghubungi pihak WSB setelah kematian pelanggan bagi tujuan pengurusan harta pusaka.

Pelanggan hanya perlu menghubungi nombor pihak WSB yang tertera di Legacy Card tersebut sekiranya Legacy Card mati atau tamat tempoh bagi tujuan pembaharuan kad. Setelah itu, pihak WSB akan menghantar Legacy Card yang baharu kepada pelanggan melalui pos ke rumah mereka.

Tempoh pembayaran pakej Hibah adalah tertakluk kepada Bank manakala Al Wasitah adalah selama 180 bulan (15 tahun). Terdapat dua kaedah pembayarannya iaitu melalui Pembiayaan Bank atau Online Banking.

Pihak JOMHIBAH boleh membatalkan permohonan hibah anda sekiranya terdapat masalah terhadap dokumen yang diberikan oleh pelanggan seperti dokumen tidak sah dan sebagainya.

Anda akan menerima emel dari pihak WSB bagi membuat pengesahan pendaftaran dan langganan. Di dalam emel tersebut, pelanggan akan diberikan beberapa dokumen untuk disahkan. Dokumen-dokumen tersebut adalah:
  1. Sijil Perkhidmatan
  2. Akuan Pendaftaran Langganan Pelanggan
  3. Notis Personal Data Protection Act 2010 (PDPA)
  4. Deklarasi PDPA
  5. Polisi Pembatalan
  6. Terma & Syarat

Anda boleh menghubungi pasukan sokongan kami melalui emel support@jomhibah.com yang tertera di laman web kami. Kami sedia dan senang hati untuk membantu anda sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kebimbangan.